Royalti minyak Petronas

Royalti minyak di Malaysia merujuk kepada royalti yang diterima oleh kerajaan negeri dari syarikat minyak (Petronas) dan kerajaan persekutuan.Kerajaan Negeri Terengganu di bawah kerajaan PAS telah menyaman Petroleum Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Persekutuan Malaysia kerana didakwa gagal membayar royalti minyak di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2001.Peguam Cecil Abraham, yang mewakili Petronas, berhujah bahawa ini adalah kes yang sesuai bagi mahkamah untuk menentukan isu perundangan tertentu, yang dibangkitkan dalam kenyataan tuntutan kerajaan negeri Terengganu.